Enjoy The Ride With ALTAIR

Thursday 18 October 2012

Pelajar Terbabas Motosikal Maut


PELAJAR KOLEJ POLYTECH MARA MAUT – MOTOSIKAL TERBABAS

Jalan Pandan Ilmu, Pandan Indah, Ampang, Selangor
16 Okt 2012, 2 petang
Nama mangsa : Ahmad Haniff Zainal, 23 tahun, Johor.
Bukan mudah untuk menerima hakikat, apabila rakan yang baru saja bersama dan 
tinggal bersama, menemui ajal dalam keadaan amat tragis.

Itu yang berlaku apabila rakan-rakan serumah Ahmad Haniff Zainal, sukar untuk 
mempercayai apa yang terjadi.

Untuk gambar-gambar seterusnya KLIK dibawah: 
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang tadi, mangsa maut setelah terbabit dalam kemalangan jalanraya, ketika dalam perjalan pulang ke rumah setelah habis kuliah.

Mangsa merupakan pelajar Jurusan Teknologi Maklumat, Kolej Polytech MARA, 
Taman Shamelin di ibu negara.

Motosikalnya dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh dari Jalan Pandan Utama
 arah Jalan Pandan Ilmu.

Motosikal kemudian memasuki laluansebelah dan merempuh sebuah motosikal yang 
berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Rempuhan kuat menyebabkan kedua-dua mangsa dan motosikal terseret beberapa meter.

Ahmad Haniff yang parah di kepala, maut di tempat kejadian.

Manakala penunggang motosikal Honda ini yang turut cedera, dihantar ke Hospital 
Ampang untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang merupakan pemandu teksi, dalam perjalanan ke sebuah bank setelah 
pinjamannya untuk membeli teksi telah diluluskan.

Sementara itu, rakan-rakan Ahmad Haniff yang tiba di lokasi sebaik dimaklumkan 
mengenai kejadian, tidak dapat menahan sebak akan apa yang berlaku.

Suasana pilu menyelubungi tempat kejadian.

Menurut salah seorang rakan, perubahan paling ketara pada arwah ialah apabila malam 
tadi dia kelihatan agak pendiam dari kebiasaannya.

Dan sebagai tanda setiakawan, mereka sama-sama membantu polis mengangkat jenazah  Ahmad Haniff setelah selesai siasatan sebelum dihantar  ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian.


For Your Vehicle Protection, Personal safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my

No comments:

Post a Comment