Enjoy The Ride With ALTAIR

Thursday 30 May 2013

SPAD terima anugerah di Geneva

30 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menerima anugerah 'Asia Pacific Political Commitment' pada Kongres Dunia 'International Association for Public Transport' (UITP) 2013 yang berlangsung di Geneva semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini SPAD berkata anugerah itu diberi sebagai mengiktiraf kerja keras SPAD untuk menyediakan dan melaksanakan projek pengangkutan awam penting yang baharu bagi Malaysia di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

"Ini misalnya MRT, perkhidmatan bas GO-KL dalam lingkungan Daerah Pusat Perniagaan KL (CBD), Sistem Perkhidmatan Teksi 2-Tier KLIA, Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) di samping Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF)," menurut kenyataan itu.

Anugerah itu diterima Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Kamal. Kongres dunia UITP diadakan setiap dua tahun dan dianjurkan oleh UITP, yang beribu pejabat di Brussels.

Ia merupakan mesyuarat antarabangsa yang dihadiri semua pemegang kepentingan pengangkutan awam, termasuk kerajaan, badan kawal selia, perancang, pengusaha, institut saintifik, vendor dan penyedia teknologi.

Pada kongres Dunia juga Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar menjadi perantara sesi yang membincangkan cabaran dalam mengakses pembiayaan bagi projek dan infrastruktur pengangkutan awam, manakala Mohd Nur mengetuai perbincangan dengan agensi pengelola pengangkutan awam dari Eropah, Asia, Afrika, Amerika Utara dan Australasia.

"Ketua Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPAD Dr Prodyut Dutt, turut membentangkan kertas kerja yang memperincikan kemajuan Malaysia dalam industri pengangkutan awam," jelas kenyataan itu. - Bernama

For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Sunday 26 May 2013

Banting : Jumpa Bom Bawah Kereta

Panik jumpa ‘bom’ bawah kereta
WARTAWAN SINAR HARIAN
26 Mei 2013
Panik jumpa ‘bom’ bawah kereta
Panik jumpa ‘bom’ bawah kereta
Panik jumpa ‘bom’ bawah kereta
Objek yang diletakkan di bawah ekzos kenderaan mangsa.
BANTING - Seorang lelaki terkejut melihat objek menyerupai bom buatan sendiri di bawah ekzos kereta Honda Civic miliknya di rumahnya di Taman Delima, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa berumur 35 tahun itu terlihat objek ganjil itu ketika pulang dari kerja.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, mangsa segera menghubungi polis berikutan bimbang objek berkenaan berbahaya dan mungkin meletup.

"Unit Pemusnah Bom (UPB) yang turut dikejarkan ke rumah berkenaan berjaya meleraikan objek seperti tin minuman air menyerupai mercun itu," katanya.

Menurutnya, setakat ini polis masih menyiasat motif sebenar kejadian tersebut.

“Polis akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti siapa dalang yang meletakan objek tersebut di bawah kenderaan mangsa,” katanya.

For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Saturday 11 May 2013

The Best Electric Car As of Today

Watch how an electric car Tesla Model S fare to other 
cars on the road.


For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my