Enjoy The Ride With ALTAIR

Friday 26 October 2012

AES : Sambutan Baik Warga KL


AES: Warga KL sambut baik jika lokasi sesuai
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
26 Oktober 2012
AES
Sistem AES
KUALA LUMPUR - Meskipun segelintir pihak melahirkan kegusaran dan mendakwa 'rimas' dengan 'mata-mata polis' baru, kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang berfungsi memantau kesalahan-kesalahan trafik, tinjauan Sinar Harian Online di salah satu lokasi pemasangan kamera tersebut di ibu negara pula lain ceritanya.
Kamera AES ini yang dipasang berhampiran satu simpang tiga di Jalan Ipoh, yang menjadi kawasan popular kemalangan melibatkan motosikal dan kesalahan melanggar lampu isyarat, diibaratkan satu anugerah kepada pengguna setia jalan itu terutama bagi penunggang motosikal.
Tinjauan Sinar Harian Online selama hampir tiga jam di kawasan itu mendapati beberapa kali pancaran laser dari kamera AES berkelip kerana merakamkan kesalahan pemandu yang melanggar lampu isyarat.
Bagi Shawal Kamaruddin, yang bekerja sebagai penghantar surat dan dokumen, kawasan simpang tiga Jalan Ipoh ini memang menjadi ketakutan kepada penunggang motosikal sepertinya ekoran sikap tidak bertimbang rasa pemandu-pemandu kereta dan lori yang melalui jalan itu.
“Saya hari-hari lalu sini, pada pendapat saya, yang selalu langgar lampu isyarat dekat sini, orang yang bawa kereta dan lori.
"Macam kami yang naik motor, bila dekat lampu isyarat, kami nak jalan, tetiba lori jalan dulu. Lori langgar, itu yang membahayakan penunggang motor macam kami.    
“Saya yang bawa motor hari-hari lalu kawasan ni, memang banyak ragam pemandu-pemandu dekat sini," katanya.
Anak muda berusia 22 tahun ini menambah, keadaan jalan yang sesak di siang hari, ditambah pula dengan sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab, mengakibatkan kemalangan bukan lagi perkara baru di persimpangan Jalan Ipoh ini.

Saturday 20 October 2012

Bas Sekolah Jadi Prebet Sapu


WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Oktober 2012
Bas sekolah jadi prebet sapu
Perkhidmatan bas sekolah yang dipercayai menjalankan perkhidmatan seperti kereta sewa.
JITRA - “Dulu pendapatan kami mencecah RM60 hingga RM70 sehari, tetapi kini hanya memperoleh RM30 hingga RM40 sehari. Kadang-kadang ada juga berbelas ringgit sehari,” kata pemandu teksi yang beroperasi sekitar institut pengajian tinggi (IPT) di kawasan ini.

Mereka mendakwa terpaksa menanggung kerugian akibat kewujudan perkhidmatan bas sekolah dengan mengenakan kadar harga yang murah.

Setiausaha Persatuan Pemandu-pemandu Teksi Jitra, Changlun, Bukit Kayu Hitam, Sintok, Kubang Pasu, Kedah, Abdul Manaf Mat Yatim, berkata, pemandu teksi secara keseluruhannya terpaksa menjadikan kawasan IPT sebagai tumpuan memandangkan orang ramai kurang menggunakan perkhidmatan itu.

Menurutnya, perkara itu juga bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya pertambahan kereta sapu yang beroperasi secara tidak berlesen.

“Pendapatan kami mula berkurangan akibat kewujudan bas sekolah yang beroperasi seakan-akan perkhidmatan kereta sewa dengan menyediakan perkhidmatan dari rumah ke rumah.

“Jika hendak dibandingkan dengan perkhidmatan kereta sewa dengan hanya memuatkan empat penumpang, bas sekolah itu memuatkan penumpang seramai lapan orang dengan mengenakan bayaran murah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, baru-baru ini.

Abdul Manaf berkata, perkara itu memaksa pihaknya untuk mengurangkan kadar bayaran melepasi tahap sebenar yang ditetapkan oleh sesebuah teksi.

“Memandangkan ia menjadi sumber pendapatan kami, kami terpaksa menjalankan operasi seperti biasa demi menyara keluarga.

“Selain itu, ada juga sebahagian pemandu teksi turut mencari pendapatan sampingan memandangkan pekerjaan membawa teksi tidak dapat menampung perbelanjaan seharian keluarga,” katanya.

Beliau berkata, hampir 100 teksi berdaftar di bawah persatuan itu dan hanya sebahagian sahaja masih beroperasi untuk menjalankan perkhidmatan itu.

“Dulu pemandu teksi boleh menjadikan pekerjaan itu sebagai sumber pendapatan seharian, tetapi untuk sekarang tidak lagi,” katanya dengan nada kecewa.

For Your Vehicle Protection, Personal safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my

Thursday 18 October 2012

Pelajar Terbabas Motosikal Maut


PELAJAR KOLEJ POLYTECH MARA MAUT – MOTOSIKAL TERBABAS

Jalan Pandan Ilmu, Pandan Indah, Ampang, Selangor
16 Okt 2012, 2 petang
Nama mangsa : Ahmad Haniff Zainal, 23 tahun, Johor.
Bukan mudah untuk menerima hakikat, apabila rakan yang baru saja bersama dan 
tinggal bersama, menemui ajal dalam keadaan amat tragis.

Itu yang berlaku apabila rakan-rakan serumah Ahmad Haniff Zainal, sukar untuk 
mempercayai apa yang terjadi.

Untuk gambar-gambar seterusnya KLIK dibawah: 

Saturday 13 October 2012

Impressive : Range Rover Evoque



Since its debut at the Geneva Motor Show last year, theRange Rover Evoque has experienced tremendous success worldwide. Not only is the Evoque the smallest and lightest Range Rover ever made but it’s also the most efficient, that’s a big smiley face on Range Rover’s forehead. 
My response upon sighting the Range Rover Evoque for the first time was “what the hell is that?” The tapering exterior styling threw me off at first but then I had a long hard look at it and finally concluded that I actually like the Evoque, and there is much to like. The large panoramic sunroof offers passengers a unique view of the world outside while being pampered by the luxurious interior that makes the Evoque so special.

Reviews reveal that the Evoque drives like a dream, offering more than enough power for the average person and delivers a smooth ride on almost any terrain. The Range Rover Evoque also seems to be a master on dirt roads overcoming challenges easily and without hassle. All-round the Evoque is destined to do well worldwide and sales are already through the roof.

The Range Rover Evoque has also been nominated for World Design Car of the Year Award to be announced at the New York International Auto Show this week, coming up against the Citroen DS5 and the Volkswagen Up!. With curves like that, I wouldn’t be surprised if the Evoque steals the show.

What are your thoughts on the Range Rover Evoque?

For Your Vehicle Protection, Personal safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my

Thursday 11 October 2012

Lori Curi Diesel Lagi


Lori diubah suai beli diesel dirampas
SINAR HARIAN
12 Oktober 2012
Lori diubah suai beli diesel dirampas
Lori diubah suai yang berjaya dirampas, semalam.
SENAI – Cubaan pemandu sebuah lori yang diubah suai untuk membeli diesel subsidi di sebuah stesen minyak di Sutera Danga, Skudai gagal apabila ditahan sepasukan Polis Marin Wilayah Dua dekat sini, pagi semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Asisten Superintendan Mohd Nazri Ibrahim berkata, dalam operasi bersama lima anggota pada jam 9.10 pagi itu, pihaknya berjaya merampas sebuah lori yang telah diubah suai pada bahagian tangki.

“Bertindak atas maklumat risikan berkaitan aktiviti penyelewengan diesel subsidi, pasukan operasi telah menahan sebuah lori berkanvas dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan menyeluruh telah dijalankan ke atas lori tersebut dan menjumpai lima tangki yang setiap satunya boleh memuatkan 1,000 liter diesel dan tangki tambahan yang telah berisi lebih kurang 600 liter diesel yang disyaki subsidi kerajaan.

“Kesemua barang tersebut dirampas di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 Seksyen  21 kerana membawa atau memiliki barangan kawalan tanpa dokumen yang sah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan pemandu bersama lori tersebut diserah kepada KPDNKK Johor Bahru untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Mohd Nazri berkata, pihaknya amat mengalu-alukan maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan yang menyalahi undang- undang khasnya penyeludupan manusia dan barangan bercukai serta jenayah maritim bagi tujuan pembanterasan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua (2) Johor di talian  07–2372222 atau  07–2376122,” katanya.

For Your Vehicle Protection, Personal safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my
Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort
www.altair.com

Gambar Nissan GTR & Skyline Kemalangan

Sadis! Gambar-Gambar Nissan GTR dan Skyline Yang Terlibat Dalam kemalangan Ngeri Di Kuantan Semalam! 7/10/2012
Difahamkan kedua-dua kereta mangsa sedang dipandu laju dan ada yang mengatakan mereka sedang 
berlumba.

Namun malang tak berbau tambahan pula didalam keadaan jalan yang licin.
Sehebat dan secanggih mana sekalipun kereta yang dipandu tapi apabila dah terbabas dalam kelajuan 
yang tinggi, sendiri mau ingatlah. 
Pesanan aku untuk semua, berhati-hatilah di jalanraya. Jalanraya bukan tempat untuk berlumba. 
RIP Untuk Semua Mangsa Yang Meninggal Dunia.. 


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-Zd8ez_4hgpLiDEhdQLsPBuauEzhaJYX23NP3MCh1biXYFwzh0gxFxTZ8yH2MJK2_ywcNkkU4ADEoRVwqwRzwNE33gtmN_mqepEc8srNoF4205Q_K26NiuXSIGpXFs2C__ktsRw-cmEb6/s1600/nissan+gtr+accident+1.jpg
KUANTAN: Empat maut manakala dua parah apabila dua buah kereta terbabas dan 
melanggar pokok di Jalan Haji Ahmad 1 menghala ke arah Semambu, awal pagi tadi. 
Mangsa yang terbunuh dalam kemalangan 4 pagi itu ialah pemandu kereta jenis Nissan 
GTR, Tan Kah Yong, 24, dan penumpangnya Bao Shanshan yang merupakan seorang 
warga China. Manakala dua lagi ialah pemandu kereta Nissan Skyline iaitu Go Haw Wei, 
20, dan penumpangnya Koay Khor Liang, 21.

Wednesday 10 October 2012

Kereta Artis Kena Curi Lagi

Kereta Zed Zaidi Kena Curi


Pelakon yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi kehilangan kereta kedua kesayangan dipercayai dicuri dalam kejadian di Kondominium Perdana View,  di sini, petang Selasa.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,32, berkata, dia menyedari kehilangan kereta itu ketika pulang dari sebuah pusat beli-belah dekat sini bersama isteri, Natalia Mustafa Kamil, 29, dan anak mereka Ryan Ziqry yang baru berusia dua bulan.

Zed Zaidi

“Semasa pulang bersama keluarga, saya mahu melihat kereta kedua saya sebelum masuk ke kondominium dan mendapati ia hilang sedangkan kuncinya berada dalam simpanan isteri saya. Ia diletakkan di tempat letak kereta luar kondominium kerana pihak pengurusan kediaman hanya membenarkan sebuah kereta pemilik sahaja boleh diletakkan dalam kawasan tempat tinggal,” katanya kepada ketika dihubungi di sini, Rabu.
Zed yang enggan memberitahu jenis kereta itu berkata, ia merupakan kejadian kedua selepas kehilangan sebuah  pada tahun 2007.
Dia turut kecewa kerana alat pengesan yang dipasangnya dalam kereta itu tidak berfungsi selain beranggapan penjenayah berkenaan mempunyai kepakaran dalam mencuri kenderaan.
“Saya menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika meletak kenderaan masing-masing agar kejadian seperti ini tidak berlaku,” ujarnya.
Berikutan kejadian itu isterinya telah membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara di sini, malam Selasa. Sumber Mstar Online Sept 2012



For Your Vehicle Protection, Personal safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my
GPS Tracking & Fleet Management System
www.altair.com.my

Malapetaka : Umur 8 Tahun Dah Bawak BMW



BOSTON, Amerika Syarikat - Seorang budak lelaki berusia lapan tahun merempuh anjung rumah jiran semasa dia mengundurkan kereta BMW milik ibunya di sini kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan, wanita berkenaan berkata, dia meminta anaknya menghidupkan enjin terlebih dulu sebelum menunggunya memasuki kereta.

Budak itu kemudian mengundurkan kereta tersebut sehingga ia melanggar anjung rumah jiran mereka pada kelajuan 48 kilometer sejam.

Pihak berkuasa menyatakan, kerosakan pada rumah berkenaan mencecah AS$80,000 (RM245,639) manakala kos membaiki kereta BMW itu pula berjumlah $20,000 (RM61,390).

Menurut pasukan bomba, budak lelaki tersebut bernasib baik kerana hanya cedera ringan dalam insiden itu. - Agensi


For Your Vehicle Protection, Personal safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my
GPS Tracking & Fleet Management System
www.altair.com.my

Saturday 6 October 2012

Peluang Menang Samsung Galaxy SIII Masih Terbuka


Lengkapkan kenderaan anda dengan sistem Altair yang menawarkan pelbagai fungsi keselamatan dan pemantauan kenderaan seperti di bawah dan Menangi Samsung Galaxy SIII.

  • Pengesanan kenderaan sekiranya berlaku kejadian kecurian
  • Melihat sendiri sejarah perjalanan kenderaan anda untuk 3 bulan yang lalu
  • Menerima mesej sekiranya kenderaan anda di pandu melebihi had laju yang ditetapkan.
  • Menerima mesej sekiranya kenderaan anda masuk/keluar kawasan yang telah di setkan.
  • Kebolehan mematikan enjin kenderaan sekiranya berlaku kecurian.
  • Mengesan sekiranya kenderaan anda "ditunda".
  • Menghantar pesanan secara Email dan/atau SMS.

Pemasangan sistem Altair disokong dengan khidmat sokongan 24jam untuk memantau sekiranya terdapat kecemasan kecurian.

Untuk pertanyaan lanjut hubungi pusat khidmat pelanggan kami di 03-7886 0220 atau email kepada sales@altair.com.my atau hubungi terus pegawai kami seperti dibawah:

Zainal  :012 - 227 9746
Annie  :012 - 393 2735
Faizal  :019 - 351 1582
Ekin     :012 - 230 4790
Sabrina : 012 - 911 2876

http://www.altair.com.my


Friday 5 October 2012

Suspek Curi Kereta Diberkas

Video penangkapan suspek curi kereta.. 


For Your Vehicle Protection, Personal safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my
www.altair.com.my

Tuesday 2 October 2012

Pemandu Wanita Diculik Selama 4 Jam



Seorang juruhebah radio Johor melalui detik-detik cemas selama empat jam apabila dia diculik dan diugut untuk dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan lelaki di sini pada Sabtu lalu.

Sebelum kejadian pada pukul 1 pagi, mangsa berusia 34 tahun yang popular dengan panggilan JD diculik ketika memandu kereta Proton Neo seorang diri. Ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sungai Danga dari tempat kerjanya di stesen radio Best 104 di sini.


“Ketika tiba berhampiran Tune Hotel di Lebuh Raya Pesisir Pantai, kereta saya dihalang sebuah kereta Proton Iswara yang dinaiki beberapa lelaki tetapi ketika itu saya berjaya memandu terus.

“Sejurus selepas itu, datang sebuah kereta Proton Wira pula menghimpit kereta saya menyebabkan saya tidak dapat berbuat apa-apa sebelum seorang lelaki masuk ke dalam kereta dan mengacukan pisau rambo,” kata JD sambil memberitahu lelaki itu kemudian menutup mukanya manakala tangannya diikat.

“Penculik memaksa saya diam sebelum mengatakan ‘engkau ada cinta tak berbalas, bos kami suruh bakar engkau je, sebab kau tidak membalas cintanya". Aku pun tak nak buat tapi diupah. Aku dari jauh, dari Negeri Sembilan."

“Pada masa sama, penculik turut menggunakan walkie-talkie dan mengikut arahan diberikan seseorang termasuk mengelar sedikit leher saya selain menoreh bahagian bawah ibu jari tangan kiri saya menggunakan pisau,” kata deejay radio, Julie Diana Omar Shariff, 34, yang lebih dikenali sebagai JD di sini,

Menurut Julie, dia diculik pada jam 1 pagi, Sabtu lalu, di Danga Bay ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya.

Mengimbau kejadian, Julie yang ditemui berkata, sebelum kejadian dia yang memandu Proton Satria Neo diekori sebuah kereta Proton Iswara merah.


For Your Vehicle Protection, Personal safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my