Enjoy The Ride With ALTAIR

Thursday 11 October 2012

Gambar Nissan GTR & Skyline Kemalangan

Sadis! Gambar-Gambar Nissan GTR dan Skyline Yang Terlibat Dalam kemalangan Ngeri Di Kuantan Semalam! 7/10/2012
Difahamkan kedua-dua kereta mangsa sedang dipandu laju dan ada yang mengatakan mereka sedang 
berlumba.

Namun malang tak berbau tambahan pula didalam keadaan jalan yang licin.
Sehebat dan secanggih mana sekalipun kereta yang dipandu tapi apabila dah terbabas dalam kelajuan 
yang tinggi, sendiri mau ingatlah. 
Pesanan aku untuk semua, berhati-hatilah di jalanraya. Jalanraya bukan tempat untuk berlumba. 
RIP Untuk Semua Mangsa Yang Meninggal Dunia.. 


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-Zd8ez_4hgpLiDEhdQLsPBuauEzhaJYX23NP3MCh1biXYFwzh0gxFxTZ8yH2MJK2_ywcNkkU4ADEoRVwqwRzwNE33gtmN_mqepEc8srNoF4205Q_K26NiuXSIGpXFs2C__ktsRw-cmEb6/s1600/nissan+gtr+accident+1.jpg
KUANTAN: Empat maut manakala dua parah apabila dua buah kereta terbabas dan 
melanggar pokok di Jalan Haji Ahmad 1 menghala ke arah Semambu, awal pagi tadi. 
Mangsa yang terbunuh dalam kemalangan 4 pagi itu ialah pemandu kereta jenis Nissan 
GTR, Tan Kah Yong, 24, dan penumpangnya Bao Shanshan yang merupakan seorang 
warga China. Manakala dua lagi ialah pemandu kereta Nissan Skyline iaitu Go Haw Wei, 
20, dan penumpangnya Koay Khor Liang, 21.
Dua yang cedera juga merupakan warga China yang berada di dalam kereta Nissan GTR 
berkenaan. Menurut Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen 
Pahang, ASP Zainalabidin Othman, kedua-dua kereta itu datang dari arah Kuantan menuju
Semambu dan dipercayai terbabas dan melanggar pokok. "Pemandu kereta Nissan GTR itu
sedang membawa tiga warga China yang bekerja di sebuah Spa di sini. Mengikut siasatan 
awal, kedua-dua kereta terbabit dipandu laju dalam keadaan jalan basah berikutan hujan," 
katanya. Semua mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parahdi kepala dan badan.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTkwoDoSrgS6R_xcrrIsQmZL2eaK_-LDtrZTF-1xEY2bIiTo1XmwjdRmaVMhA9psXtWeLWTmF5FR97SZTaYZiuNozcN1vxtip821sKW0Lj2xJvUaIq47l9YSIu4HREiRV9ux_KBLCBm90k/s1600/nissan+gtr+accident+2.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQDNkqI7qkWtNdg2cYU_aXHmq1OQzwQv6lh3nWbW-a3ucvwpiCc08oqWPsi-gJAZ9wPchljRa2sEVMRpaqMCd0psAOX67k5DNoZPYZoDnFaNM0j5cq4vwT1AIgT2NIvXkCbt9YR-DcZ9b-/s1600/nissan+gtr+accident+3.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUy1LADVp012PQzSL-MoEhrHCwheIfDZuIKhzc6hqdB2VgpxykErOg4XW5o1Um_cLP-cy4eS3wn-ndHIccZg0TsDReTwKG2BNlwZyOgW4xciYHnuNHRzT2rJ0toKbXqAt882c8ONNSPYOB/s1600/nissan+gtr+accident+0.jpg
Nissan GTR R35 Idaman Kalbu (Pic Hiasan)

Terlanjur bila kita cerita bab kereta,
Eh, diatas ni Toyota Camry 4-5 biji eskot bas sapa tu?
Hurmm.. gaya cukup hebat dah macam jadi Mr Presiden Malaysia..

Kayo Kayo.. Pokcik Anwar kayooo..
Banyak duit dia beli camry dan upah driver dan bodyguard di setiap kereta itu. Yang ni lah yang patut disiasat oleh 
SPRM daripada buang masa pi siasat kenapa ramai orang pergi Kenduri kahwin anak KM Melaka.

Sumber : http://panggungopera.blogspot.com/2012/10/sadis-gambar-gambar-nissan-gtr-dan.html


For Your Vehicle Protection, Personal safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my
GPS Tracking & Fleet Management System
www.altair.com.my

No comments:

Post a Comment