Enjoy The Ride With ALTAIR

Thursday 7 April 2016

Harga Kereta Turun 30%

Kereta
7 April 2016
KUALA LUMPUR - Harga kenderaan akan mengalami penurunan sehingga 30 peratus menjelang 2018, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.  
Beliau berkata kerajaan komited terhadap manifesto yang dijanjikan semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi menurunkan harga kenderaan secara berperingkat 20 hingga 30 peratus menjelang tempoh berkenaan.
"Sehubungan itu pelbagai usaha telah dijalankan termasuk pemberian insentif dan pengurangan jumlah duti eksais yang perlu dibayar kepada syarikat-syarikat pengeluar kereta yang terlibat dalam aktiviti nilai tambah automotif tempatan.
"Insentif-insetif ini dilihat membuahkan hasil apabila jumlah pengurangan (harga kenderaan) dicatat pada tahun 2013 sebanyak tiga peratus, diikuti 2014 sebanyak tujuh peratus dan pada tahun lalu sebanyak 2.7 peratus," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut).
Lip Eng mahu kerajaan menyatakan status janji kerajaan untuk menurunkan harga kereta kebangsaan dan mengurangkan kadar tol yang dibuat pada PRU13 lalu.  
Mengenai kadar tol, Azalina berkata, kerajaan sejak tahun 2008 telah mula berunding dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya bagi mengurangkan beban kewangan tol yang ditanggung oleh pengguna.
Beliau berkata rundingan tersebut bertujuan mencari mekanisme terbaik bagi meringankan beban tol dengan mengambil kira pendekatan 'menang-menang' kepada semua pihak terlibat iaitu kerajaan, syarikat konsesi, pelabur dan juga pengguna.  
"Antara pencapaian dari rundingan tersebut termasuk menangguhkan kenaikan kadar tol di lebuh raya negara ini sejak lapan tahun lalu iaitu dari tahun 2008 hingga 14 Oktober tahun lalu, memansuhkan kutipan tol dan menutup lebih awal lapan plaza tol di lebuh raya serta mengurangkan kadar tol di tiga konsesi lebuh raya," katanya.  
Beliau berkata, ia juga termasuk menstruktur semula kadar tol untuk lebuh raya di bawah Plus Malaysia Berhad dan Kumpulan ANIH Berhad serta menambah baik klausa-klausa dalam perjanjian konsesi termasuk memperuntukan klausa Mekanisme Semakan Semula Tol - ia menyebabkan kenaikan kadar tol tidak lagi dibenarkan secara automatik. - Bernama

For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my