Enjoy The Ride With ALTAIR

Thursday 28 February 2013

Ketua geng samun kereta mewah mati ditembak

IPOH 18 Feb. - Seorang ketua kumpulan samun kereta mewah di sekitar Manjung mati ditembak selepas dikejar polis berhampiran Kampung Baru menghala ke Sungai Wangi, Ayer Tawar dekat sini awal pagi semalam.

Lelaki berusia 25 tahun dan berasal dari Taman Sungai Wangi dekat sini itu turut dikehendaki polis kerana terlibat dalam satu kes bunuh di Sitiawan tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, sepasukan polis yang sedang membuat tugasan pencegahan jenayah di daerah Manjung terserempak dengan suspek menaiki kereta Naza Citra berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 4 pagi.

Menurut beliau, anggota polis terlibat kemudian mengejar kereta tersebut dan cuba menahannya namun suspek enggan berhenti dan terus memecut kenderaannya.

"Sebaik sahaja tiba di satu selekoh menghala ke Sungai Wangi, kenderaan dipandunya terbabas dan suspek kemudian turun dari kereta sambil melepaskan satu das tembakan mengenai cermin bahagian pemandu kereta polis itu.

"Bagi mempertahankan diri, polis terpaksa melepaskan dua das tembakan balas ke arah suspek. Tembakan itu mengenai suspek dan dia mati di tempat kejadian," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini.

Paramasivam berkata, siasatan awal polis mendapati kereta dipandu suspek dilaporkan hilang di Tun H.S Lee, Kuala Lumpur pada 7 Mei lalu.

Katanya, polis mendapati suspek merupakan penjenayah dikehendaki berhubung sembilan kes samun di sekitar Lumut dan Sitiawan dan turut terlibat dalam kes menembak mati seorang mekanik di Taman Sejati, Sitiawan pada 10 November lalu.

"Polis memeriksa kereta dinaikinya dan menemukan sebilah parang dan satu peket kecil dadah jenis syabu," katanya.

Menurut Paramasivam, suspek turut memiliki senjata api dipercayai pistol jenis Revolver .38 Smith & Wesson dan tiga butir peluru yang dijumpai dalam beg silang dipakainya.

"Siasatan awal mendapati nombor pendaftaran yang digunakan pada kereta tersebut iaitu WKH 9262 adalah palsu dan didaftarkan pada sebuah kereta Proton Waja," katanya yang turut memberitahu suspek memiliki empat rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan samun.

Paramasivam berkata, beberapa anggota kumpulan itu telah ditahan tahun lalu dan pihaknya kini giat memburu saki-baki kumpulan tersebut

Sumber artikel dari Utusan.


For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Setiausaha Akhbar Menteri Dan Pemandu Maut Dalam Kemalangan

Setiausaha akhbar kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan pemandunya maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan di kilometer 232 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat Rembau, Khamis. Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku menyebabkan Sivam Balan, 35, maut di tempat kejadian manakala pemandunya, Hazrin Hasan, 35, meninggal dunia ketika dirawat Hospital Melaka. Difahamkan ketika kejadian, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Ibu Kota menuju ke Alor Gajah, Melaka untuk menghadiri satu program yang turut dihadiri oleh Menteri Sumber Manusia. -fotoBERNAMA

SEREMBAN: Setiausaha Akhbar Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan pemandunya maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Kilometer 232 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), dekat sini, Khamis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi, Sivam Balan, 35, maut di tempat kejadian manakala pemandunya, Hazrin Hasan, 35, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka.

Jurucakap polis berkata ketika kejadian, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Alor Gajah, Melaka untuk menghadiri satu program yang turut dihadiri menteri berkenaan.

Bagaimanapun setibanya di lokasi kejadian, kenderaan jenis Nissan X-Trail yang dipandu Hazrin terbabas dan bergesel dengan sebuah Perodua Myvi sebelum merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan plastik.

"Rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di dalam kenderaan menyebabkan mereka mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan seorang daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini Khamis.

Katanya pemandu lori dan pemandu kereta Myvi yang turut terlibat dalam kejadian itu tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau DSP Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata punca kemalangan masih dalam siasatan.

Katanya mayat Sivam dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarganya.

Sementara itu, Subramaniam ketika ditemui di Hospital Tampin berkata Sivam sudah tiga tahun berkhidmat dengan beliau sebagai setiausaha akhbar dan hubungan mereka sangat rapat.

"Saya amat sedih kerana kedua-dua mereka merupakan pekerja yang setia dan bertanggungjawab dengan tugas selain banyak berjasa kepada kerajaan.

"Pada hari ini saya bukan sahaja kehilangan pekerja yang baik tetapi seorang sahabat kerana mendiang Sivam amat rapat dengan saya dan hubungan kami seperti saudara," katanya. - BERNAMA



For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Berhati-hati dengan panggilan +375 atau +371 atau 081


PERINGATAN PENTING : Facebook PDRM telah mengesahkan bahawa hebahan mengenai kod panggilan telefon antarabangsa tertentu, yang berupaya menyalin maklumat dan mengenakan cas yang tinggi kepada pemanggil adalah sahih. 

Orang ramai diingatkan agar tidak membuat panggilan kembali terhadap nombor luar negara +375602605281, 37127913091 atau mana-mana nombor yang bermula dari +375, +371 atau 081 (missed call/panggilan yang tidak dikenali). Panggilan tersebut boleh membuatkan pemanggil dikenakan caj yang tinggi (premium rates). 

Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak menerima dan mengikut mana-mana arahan hyperlink yang diterima dari sumber yang tidak pasti atau diragui. Sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah siber.

Sumber imej daripada Facebook 1Sabah





For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Tuesday 26 February 2013

Proton Preve Terima Anugerah Automotif Australia


KUALA LUMPUR: Proton Preve telah dianugerahkan penarafan keselamatan lima bintang Program Penilaian Kereta Baharu Australiasia (ANCAP) selepas menamatkan tiga ujian pelanggaran.
Ujian itu dijalankan oleh makmal bebas di Australia.

Pengerusi eksekutifnya, Datuk Seri Khamil Jamil, berkata usaha Proton untuk mengubah anggapan umum tentang jenamanya telah dibuktikan oleh pencapaian terbaru ini.

"Pencapaian pada tahap ini adalah satu bukti tentang peningkatan kualiti Proton dan Preve disarankan sebagai kereta yang selamat, selaras dengan lain-lain model antarabangsa yang telah dianugerahkan taraf yang sama oleh ANCAP," katanya dalam satu kenyataan. - BERNAMA

Sumber artikel dari mStar

For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Polis Tahan Empat Individu Selesai 19 Kes Curi Kereta

WARTAWAN MSTAR
 
SHAH ALAM: Polis menahan empat individu termasuk sepasang suami isteri dipercayai dalang sindiket curi kereta, dalam beberapa serbuan di Kuala Lumpur pada Ahad dan Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata dengan penangkapan kesemua suspek berumur antara 21 dan 36 tahun itu, polis percaya dapat menyelesaikan 19 kes curi kereta bernilai hampir RM500,000 di tiga negeri iaitu Selangor, Johor dan Kuala Lumpur.

"Tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki berumur 30 tahun dari Tawau, Sabah ditahan ketika berada dalam kereta bernombor pendaftaran palsu di Taman Sungai Besi Indah kira-kira pukul 2 petang 24 Februari lepas," katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Selasa.

Beliau berkata tangkapan itu adalah susulan laporan kehilangan kereta jenis Proton Wira milik seorang lelaki berumur 57 tahun di kawasan perumahan Taman Sungai Indah kira-kira pukul 1.17 tengah hari, hari yang sama.

Mohd Adnan berkata suspek pertama terbabit ditahan dalam kereta milik mangsa yang mengecamnya melalui rim sport kenderaan itu.

Beliau berkata tangkapan seterusnya membabitkan seorang lelaki berumur 36 tahun pemilik bengkel kenderaan pada pukul 6 petang hari yang sama di rumahnya di Taman Sri Bahagia, Kuala Lumpur dipercayai dalang yang bertindak mengasingkan komponen kenderaan curi.

"Hasil dari tangkapan itu, membawa kepada satu lagi tangkapan membabitkan sepasang suami isteri berumur 28 dan 21 tahun di tepi sebuah jalan berhampiran kawasan perumahan yang sama kira-kira pukul 7.15 malam," katanya.

Mohd Adnan berkata polis turut merampas sebuah kereta curi jenis Proton Iswara yang dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras pada tahun lepas.

Mengulas lanjut, beliau berkata polis kemudiannya melakukan serbuan di sebuah bengkel di Kawasan Perindustrian Nilai 7, Negeri Sembilan semalam, yang disewa oleh suspek berusia 36 tahun terbabit dan menemui 19 kereta tanpa enjin.

Katanya, siasatan lanjut mendapati kesemua kenderaan itu dilaporkan hilang di beberapa lokasi iaitu sembilan di Johor, Cheras (enam), Kajang (tiga) dan Ampang (satu).

"Kereta yang dicuri ialah jenis Proton Waja dan Iswara di mana lapan daripadanya dilaporkan hilang pada 2012 dan 11 lagi pada tahun ini," katanya.

Mohd Adnan berkata kesemua suspek ditahan reman sehingga 28 Februari ini. BERNAMA
 
 

For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Monday 25 February 2013

TIP PEMANDUAN ELAK KEMALANGAN



Pemanduan yang berhemah dapat menjamin keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya lain agar mereka lebih selamat semasa berada di jalan raya. Berikut adalah tip pemanduan secara berhemah:




SENTIASA
- Memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunaanya kepada penumpang lain.

JANGAN
- Memandu melebihi had kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan yang dibenarkan dalam apa jua keadaan.

SENTIASA
- Kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kenderaan di hadapan. Jika memandu ketika hujan lebat, kekalkan lebih jarak antara kereta dengan kenderaan di hadapan atau belakang.

KETIKA
- Memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalan raya lain untuk memastikan keselamatan anda.

JANGAN
- Pandang secara tepat lampu kereta dari arah bertentangan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih ke bahagian kanan dan menjadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.

SENTIASA
- Peka dan berhati-hati jika sesebuah kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelakkan lopak air atau lubang besar di jalan raya atau mengelakkan kon pembahagi jalan atau kereta rosak.

MEMANDU
- Dalam keadaan cuaca buruk terutamanya hujan lebat sangat sukar. Tayar kereta mungkin hilang kuasa tarikan pada permukaan jalan basah. Pandulah kereta dengan perlahan jika jalan dipenuhi air.

KETIKA

- Memandu di lebuh raya, sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tib-tiba untuk keluar.

JANGAN
- Biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia menyebabkan keburukan dari kebaikan. Awasi tahap panas baran anda ketika memandu di jalan raya.

ELAK
- Memandu jika letih. Jika penat, berhenti dan keluar dari kereta seketika dan lakukan senaman ringan untuk menyegarkan badan atau berhenti untuk menikmati secawan kopi yang pastinya membuatkan diri lebih segar dan peka.

ANDA
- Dinasihatkan memandu kenderaan yang diselenggara dengan baik. Periksa sistem penyejukan, sistem brek, tahap cecair brek, tali sawat, tayar, minyak enjin, lampu dan pengilap cermin sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.

PERHATIKAN
- Kereta di hadapan selama 15 hingga 20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang masalah bagi mengelakkannya, supaya anda boleh menekan brek dengan pantas.

JIKA
- Anda ingin mengubah lorong, sentiasa pandang ke belakang menerusi cermin supaya anda tahu jika ada kenderaan yang datang atau tidak.

PERIKSA
- Keadaan tayar kereta anda. Pastikan tekanan angin mencukupi dan corak bunga tayar masih ada untuk mendapat pemanduan serta cengkaman yang baik. Ia penting untuk menjamin keselamatan anda ketika memandu di halan raya terutamanya semasa cuaca buruk.

TEMPAT
- Paling selamat untuk kanak-kanak ialah di bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah haruslah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan.


Berita disunting dari sumber : Harian Metro ( 28 Ogos 2009)

For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Sunday 24 February 2013

Bas ‘beli’ kasut

WARTAWAN HARIAN METRO

Oleh Asmah Rusman

Ampang: Seorang pemandu bas persiaran bersama 15 penumpang warga Indonesia terselamat meskipun bas yang dinaiki terhumban dari tebing bukit sebelum merempuh empat buah kenderaan dan sebuah kedai di Taman Sri Bayu, di sini, pagi semalam.

Ketika kejadian jam 7 pagi itu, bas persiaran terbabit dalam perjalanan dari Johor Bahru ke ibu negara untuk menghantar baki 15 lagi penumpang selepas menurunkan 10 penumpang di Melaka.
Bagaimanapun, ketika melalui Jalan Ampang-Hulu Langat menghala ke arah Jalan Taman Putra, bas berkenaan hilang kawalan dipercayai mengalami masalah brek.

Menurut sumber polis trafik, keadaan jalan berkenaan yang menuruni bukit menyebabkan kelajuan bas sukar dikawal dan gagal dihentikan sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat.

Foto 
BAS yang membawa pelancong merempuh kedai kasut.

“Bas dipandu laju kerana menuruni bukit dan gagal dihentikan menyebabkan ia masuk ke laluan bertentangan (Jalan Taman Putra) dan terhumban ke bawah.

For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Saturday 23 February 2013

What Is Telematic?

As a provider of GPS fleet tracking technology, we know that telematics is the core of our product. However, here at Fleetmatics, our customers don’t always know what the heck we are talking about! They know that the name ‘Fleetmatics’ has something to do with ‘fleet’ and also with ‘telematics,’ but they don’t always know the correlation.  The actual term telematics has come to refer specifically to GPS fleet tracking, which is why we derive our company’s name from it. 
In its essence, telematics is the integration of computer systems with telecommunications. Over time, it has evolved to mean the communication between GPS devices, computers, and mobile devices. Telematics is the technology of sending and storing information relating to remote objects via telecommunication devices. In Fleetmatics’ case, the remote object is your fleet vehicle.
Specifically, Vehicle Telematics means monitoring the movements, location and behavior of one or more vehicles. Fleetmatics achieves this by using a combination of a GSM device installed in fleet vehicles and a GPS receiver. The device then communicates though the web-based software to you. You can use this information to better your business by improving customer service, reducing unauthorized vehicle use, and increasing productivity.
What is telematics?
Not only does telematics provide vehicle location, but it also can provide the status of each fleet vehicle. You can find out when each truck was turned on in the morning and off at the end of the day. Idling status and speed is also recorded. The best part about this information is that you are able to access it in real-time. Telematics is able to provide you with complete and up-to-date knowledge of your entire fleet.


For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Friday 22 February 2013

Dua maut, lima cedera

WARTAWAN HARIAN METRO

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Jenin

TAPAH: Dua orang maut apabila sebuah bas ekspres merempuh treler membawa plastik di Kilometer 314 Lebuhraya Utara Selatan, jam 7. 28 pagi tadi.

Kemalangan itu menyebabkan pemandu bas, Mohd Anuar Jantan, 42, dan penumpang, Abdul Rahman Noh, 59, maut di lokasi kejadian.

Kemalangan turut menyebabkan lima penumpang cedera parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Thursday 21 February 2013

Dirempuh, diseret sejauh satu kilometer

WARTAWAN HARIAN METRO

Kuala Lumpur: Malang tidak berbau apabila seorang penunggang motosikal maut akibat dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza sebelum diseret sejauh satu kilometer dari lokasi kejadian.

Dalam kejadian jam 7.10 pagi semalam, Mohd Zain Soid, 46, yang juga kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan Abdullah Roning, kejadian berlaku di Jalan Yaakob Latif berhampiran bulatan Cheras ketika mangsa menunggang motosikal bersendirian.

“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dilanggar dari arah belakang ketika melalui jalan berkenaan menyebabkan dia tercampak ke atas jalan raya.

“Mangsa kemudian terperosok di bawah kenderaan terbabit sebelum diseret kira-kira satu kilometer sehingga persimpangan di depan sebuah sekolah di jalan terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : 22/02/2013

For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Doktor pakar maut nahas



ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat kemalangan yang mengakibatkan Thillainathan maut di Hulu Selangor semalam.



HULU SELANGOR – Seorang doktor pakar sakit puan yang baru dilantik sebagai Ketua Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Slim River pada Januari lalu terkorban dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran susur ke Bukit Tagar semalam.

Kejadian pukul 8 pagi itu mengakibatkan S. Thillainathan, 51, dari Petaling Jaya dan merupakan Pengerusi Persatuan Doktor Kerajaan maut di tempat kemalangan akibat cedera parah di beberapa bahagian badan selepas tersepit dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Unser yang dipandunya.

Jurucakap polis berkata, sebelum tragedi itu, MPV yang dipandu mangsa di lorong tengah dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.

 
For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

NEWS : Altair Malaysia As MPOB GPS Panel Supplier


As of the 2nd week of February 2013 Altair GPS Tracking & Fleet Management System has passed all evaluation and technical testing as per Malaysian Palm Oil Board (MPOB) requirement. This would be the final stage prior to official endorsement and appointment as MPOB panel for GPS tracking vendor to palm oil transporters. This enable Altair system to be utilised by palm oil transporter companies. 

The endorsement will be under Altair GPS & FMS main company which is Xybase Sdn Bhd. Xybase is a 20 years old system integration company with experience in various discipline, medium and mega size projects in Malaysia and internationally.


For palm oil transporter companies that have interest to implement GPS tracking & fleet management system please contact our customer service us at 03 - 7886 0220

For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Wednesday 20 February 2013

Pelajar Maut Motosikal Langgar Belakang Lori

Wartawan Sinar Harian
21 Februari 2013
KUANTAN-  Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah treler yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Pintasan Kuantan dekat Indera Mahkota, di sini awal pagi kelmarin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 2.40 pagi itu, mangsa, Mohammad Naim Alimi, 19, dari Kampung Tiram, di sini parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat rempuhan yang kuat.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri,  Superintendan  Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata,  mangsa dipercayai menunggang dalam perjalanan dari arah Gambang menghala ke Pelabuhan.

Menurutnya, sampai tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu  terlanggar bahagian belakang sebelah kanan treler terbabit.

"Siasatan awal  mendapati mangsa memiliki lesen memandu yang sah serta memakai topi keledar ketika kejadian.

“Punca sebenar kemalangan yang meragut nyawa pelajar itu masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Justeru beliau menasihatkan penunggang supaya lebih berhati-hati sekiranya menunggang pada awal pagi kerana berkemungkinan berlaku halangan penglihatan akibat cuaca berkabus dan sebagainya.

“Pada masa yang sama, pemilik kenderaan yang diletakkan di bahu jalan diminta supaya memasang isyarat atau tanda jelas sekiranya berlaku kerosakan supaya disedari pengguna jalan yang lain,” katanya.

For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Friday 1 February 2013

Police Nearly Got Hit

Thick foam flood thats dangerous for the traffic... 


For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my