Enjoy The Ride With ALTAIR

Wednesday 18 February 2015

Hampir 40,000 Tempahan Untuk Perodua Axia

  • Axia kembar Myvi?
 1 / 1 
MODEL terbaharu Perodua, Perodua Axia menerima 39,000 tempahan sejak pelancaran pada 15 September lalu sehingga semalam.

Ketua Pegawai Operasi Perodua, Zahari Husin berkata, pencapaian itu merupakan rekod baharu bagi model Perodua.

"Perodua Myvi dahulu hanya mencatatkan 17,000 hingga 18,000 tempahan semasa dilancarkan," katanya kepada Bernama selepas menyerahkan van jenazah sumbangan Perodua kepada Masjid Hadhari Jerteh, di Besut hari ini.

Beliau juga menjangka tempahan Perodua Axia akan terus meningkat dalam masa terdekat.

Sambutan memberangsangkan ini bukan sahaja kerana reka bentuknya yang menarik tetapi juga keupayaan yang ditawar oleh model Perodua Axia antaranya penjimatan petrol, katanya.

Mengenai sumbangan van jenazah itu, Zahari berkata ia sumbangan pertama Perodua untuk masjid di negara ini dan akan diperluaskan. - Bernama

For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

No comments:

Post a Comment