Enjoy The Ride With ALTAIR

Thursday 28 February 2013

Setiausaha Akhbar Menteri Dan Pemandu Maut Dalam Kemalangan

Setiausaha akhbar kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan pemandunya maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan di kilometer 232 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat Rembau, Khamis. Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku menyebabkan Sivam Balan, 35, maut di tempat kejadian manakala pemandunya, Hazrin Hasan, 35, meninggal dunia ketika dirawat Hospital Melaka. Difahamkan ketika kejadian, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Ibu Kota menuju ke Alor Gajah, Melaka untuk menghadiri satu program yang turut dihadiri oleh Menteri Sumber Manusia. -fotoBERNAMA

SEREMBAN: Setiausaha Akhbar Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan pemandunya maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Kilometer 232 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), dekat sini, Khamis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi, Sivam Balan, 35, maut di tempat kejadian manakala pemandunya, Hazrin Hasan, 35, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka.

Jurucakap polis berkata ketika kejadian, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Alor Gajah, Melaka untuk menghadiri satu program yang turut dihadiri menteri berkenaan.

Bagaimanapun setibanya di lokasi kejadian, kenderaan jenis Nissan X-Trail yang dipandu Hazrin terbabas dan bergesel dengan sebuah Perodua Myvi sebelum merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan plastik.

"Rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di dalam kenderaan menyebabkan mereka mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan seorang daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini Khamis.

Katanya pemandu lori dan pemandu kereta Myvi yang turut terlibat dalam kejadian itu tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau DSP Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata punca kemalangan masih dalam siasatan.

Katanya mayat Sivam dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarganya.

Sementara itu, Subramaniam ketika ditemui di Hospital Tampin berkata Sivam sudah tiga tahun berkhidmat dengan beliau sebagai setiausaha akhbar dan hubungan mereka sangat rapat.

"Saya amat sedih kerana kedua-dua mereka merupakan pekerja yang setia dan bertanggungjawab dengan tugas selain banyak berjasa kepada kerajaan.

"Pada hari ini saya bukan sahaja kehilangan pekerja yang baik tetapi seorang sahabat kerana mendiang Sivam amat rapat dengan saya dan hubungan kami seperti saudara," katanya. - BERNAMA



For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

No comments:

Post a Comment