Enjoy The Ride With ALTAIR

Wednesday 25 February 2015

Geng Curi Kereta TUmpas DI Kedah

Polis Kedah tumpas Geng Azhar aktif curi kereta




Polis Kedah tumpas Geng Azhar aktif curi kereta
Kesemua suspek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - Astro AWANI
KULIM: Polis Kedah berjaya menumpaskan kumpulan ‘Geng Azhar’ yang kembali bergiat aktif melakukan jenayah curi kenderaan di sekitar Kulim dengan tertangkapnya tiga ahli kumpulan itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, penahanan itu membawa kepada penemuan sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang telah dilerai dan disembunyikan di dalam semak di Kampung Baru, Kuala Ketil.

Hasil pemeriksaan mendapati kereta itu telah di laporkan hilang di Padang Serai sebelum ini.

“Serbuan yang dilakukan kira-kira jam 10 pagi di kawasan Merbau Pulas, Kuala Ketil dan Bukit Selambau berjaya menahan tiga suspek yang berusia antara 17 hingga 29 tahun.

“Susulan tangkapan itu, polis kemudiannya ke lokasi kedua, di Kampung Asam Jawa, Baling, Kedah dan menemui sebuah lagi kereta jenis Proton Perdana yang turut disembunyikan di kawasan semak.

“Suspek mengaku telah mencuri kereta tersebut di Lunas untuk dijual komponen di pasaran gelap,” Abdullah berkata.

Tambah beliau ini merupakan penahanan kali kedua selepas pihaknya menahan empat orang ahli kumpulan itu sebelum ini dan menjadikan kesemuanya tujuh orang yang ditahan setakat ini.

Kesemua suspek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Polis kini giat memburu empat lagi ahli kumpulan itu yang masih bebas.

For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

No comments:

Post a Comment