Enjoy The Ride With ALTAIR

Monday 16 July 2012

Perayaan Menjelang Tiba, Berhati-hati Di Jalanraya




Pengguna - pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya lebih berhati hati ketika memandu untuk pulang ke kampung sempena menyambut Hari Raya dan Deepavali . Pengguna - pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi hadlaju dan bersabar ketika memandu . Mereka juga hendaklah memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan yang jauh .
 Mereka hendaklah berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk . Disamping itu beberapa langkah telah diambil oleh JKR bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya kepada pengguna pengguna sempena perayaan yang akan tiba .
Langkah-Langkah Keselamatan Jalanraya Sempena Perayaaan
  • Melaksanakan Program Pembaikan Kos Rendah ke atas lokasi lokasi kawasan jalan raya merbahaya yang telah dikenalpasti . Program ini melibatkan pemasangan papan tanda , pembaikan persimpangan , mengecat semula garisan jalan dan lain-lain lagi . Kesemua lokasi terlibat adalah seperti di Lampiran A
  • Aktiviti pembinaan di jalan raya diberhentikan agar tidak mengganggu aliran trafik ketika musim perayaan . Papan tanda amaran dan 'blinker' akan dilletakkan dikawasan pembinaan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya . Papan tanda tunjuk arah akan diletakkan ditempat-tempat yang sesuai bagi membantu pengguana-pengguna jalanraya melalui dan melepasi kawasan pembinaan tersebut
  • Kawasan yang berpotensi mengalami cerun runtuh , pihak JKR Negeri / Syarikat Konsesi diarah meletakkan papan tanda amaran yang mencukupi dan pengawasan berterusan dilakukan sepanjang musim perayaan .
  • Menjalankan rondaaan ke atas semua jalan bagi mengenal pasti kerosakan atau kawasan yang berisiko tinggi .

Seterusnya adalah diharapkan tindakan-tindakan yang diambil oleh Jabatan Kerja Raya akan dapat mengurangkan kemalangan jalanraya semasa musim perayaan .

1 comment: