Enjoy The Ride With ALTAIR

Thursday 2 June 2016

Keluarga Kru MH17 Saman MAS, MAB

MH17 families mulling lawsuit against Malaysia Airlines


Kuala Lumpur
 – Keluarga kepada enam kru pesawat MH17 mengemukakan saman terhadap Malaysia Airlines System (MAS) dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) kerana didakwa cuai dan melanggar perjanjian penerbangan.
Tuntutan 11 waris itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, melalui Tetuan Thomas Philip.
Sebelas waris berkenaan adalah waris kepada enam krew pesawat itu, Nur Shazana Mohamed Salleh, Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, Sanjit Singh Sidhu Jijar Singh, Mohd Ghafar Abu Bakar, Lee Hui Pin dan Chong Yee Pheng.
Dalam tuntutan itu, mereka menamakan MAS sebagai defendan pertama dan MAB sebagai defendan kedua.
Berdasarkan penyataan tuntutan itu, kesemua plaintif mendakwa kedua-dua defendan cuai dan gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan keenam-enam krew terlibat selain gagal memastikan terdapat kakitangan untuk penilaian risiko.
Justeru, kesemua waris itu memohon relif daripada kedua-dua defendan termasuk ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi menurut Akta Pengangkutan Melalui Udara 1974, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi bagi kecederaan psikiatri trauma, kejutan saraf dan gangguan tekanan trauma.
Semua 298 penumpang dan kru, majoriti rakyat Belanda, terbunuh apabila Boeing 777 itu ditembak dengan peluru berpandu antipesawat, BUK, buatan Russia di ruang udara timur Ukraine pada 17 Julai 2014. – Harian Metro
For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

No comments:

Post a Comment