Enjoy The Ride With ALTAIR

Wednesday, 6 November 2013

Sudahkah Anda Kunjungi TBS (Terminal Bersepadu Selatan)

http://www.tbsbts.com.my/
Pelbagai kemudahan moden melengkapi terminal pengangkutan bersepadu itu yang dibina pada 2008 dengan kos RM570 juta bagi memberikan perkhidmatan yang lebih selesa kepada pengguna.
Terminal itu juga dihubungkan melalui Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Seremban di bahagian selatan serta Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II) di bahagian timur.
Tinjauan Bernama ke TBS-BTS mendapati ia dilengkapi kemudahan yang tidak terdapat di hentian lain seperti kaunter khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam dan kemudahan pembelian dan penempahan tiket secara online 'e-ticketing' melalui www.tbsbts.com.my.
Penjualan tiket menggunakan skrin disediakan di hadapan kaunter dan terdapat mikrofon di dalam kaunter supaya penumpang dapat mendengar dengan jelas maklumat yang disampaikan pihak pentadbiran.
Selain 19 kaunter tiket yang disediakan, penumpang yang tidak mahu menunggu lama atau beratur panjang untuk membeli tiket, terdapat juga enam mesin kiosk untuk membeli tiket secara tunai atau 'touch n go'.
Selain itu, sistem siaran informasi pengunjung (PIDS) seperti jadual pelepasan bas diletakkan di setiap tingkat manakala balai ketibaan dan pelepasan di tingkat bawah disediakan khusus untuk penumpang sahaja.
Beberapa restoran dan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) juga disediakan selain bilik rehat VIP, surau, tandas, tempat menukar lampin bayi serta perkhidmatan WiFi.
Kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU) turut disediakan seperti lantai penunjuk arah, kaunter perkhidmatan dan tiket yang direndahkan, tandas, lif, laluan jalan istimewa serta petak letak kereta khas untuk mereka.
Bangunan TBS-BTS, yang dibina di kawasan seluas 19.6 hektar, mengandungi enam tingkat termasuk 55 platform bas untuk 1,000 bas keluar dan masuk setiap hari, 150 perhentian teksi, 1,000 parkir kereta termasuk parkir khas untuk wanita.
Sebanyak 1,800 tempat duduk disediakan di aras tempat menunggu bersaiz 170,000 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 40,000 orang pada satu-satu masa.
Pembinaan terminal itu merupakan usaha kerajaan ke arah meningkatkan pengggunaan pengangkutan awam di lembah Klang selaras dengan sasaran Kementerian Pengangkutan meningkatkannya daripada 16 peratus pada masa ini kepada 25 peratus pada 2012. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1230&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_19.htm&arc=hive#ixzz2jsOXi9Xz
© Utusan Melayu (M) Bhd 


For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

No comments:

Post a Comment