Anggota trafik dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) membuat pemeriksaan pada kereta terbabit.
Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, kerani wanita berusia 53 tahun bersama anak perempuannya, 10, dalam perjalanan dari tempat kerja di kawasan berhampiran ke Hospital Melaka untuk membuat rawatan perubatan berkala.
Bagaimanapun, kereta yang dipandu dari arah bulatan MITC menghala persimpangan Seri Negeri - MITC gagal dikawal wanita terbabit ketika melalui selekoh menyebabkannya terbabas dan ‘terbang’ menaiki terbing sebelum terjatuh atas longkang dalam keadaan terbalik.
Kedua-dua beranak yang menetap di Durian Tunggal itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan namun, kenderaan mereka pecah pada cermin depan dan belakang.
http://www.sinarharian.com.my/kereta-terbang-dua-beranak-selamat-1.217635
For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my
No comments:
Post a Comment