20 September 2012
Azham ketika melawat mangsa di HUSM, petang kelmarin.
KOTA BHARU- Seorang doktor wanita terpaksa bergelut hampir 20 minit, dengan lelaki yang tidak dikenali selepas keretanya, cuba dilarikan penjenayah terbabit di dalam kawasan pagar rumahnya, di Kampung Demit, KubangKerian, pagi kelmarin.
Tindakan berani mangsa, Ida Zarina Zaini, 38, yang cuba menyelamatkan kenderaan jenis Nissan Grand Livina itu, menyebabkan dia terjatuh dan terseret sehingga menyebabkan kaki dan serta tangan kirinya mengalami kecederaan.
Menurut Ida Zarina, ketika kejadian kira-kira jam 7 pagi, dia sedang bersiap-siap untuk menghantar tiga anaknya ke sekolah, manakala seorang lagi ke pusat jagaan kanak-kanak.
“Saya undur kereta separuh dari tiang pagar dan berhenti bagi mendapatkan anak-anak saya yang menunggu di dalam rumah, tanpa saya sangka, salah seorang anak saya, nampak ada lelaki menerpa masuk ke dalam kereta.