- Najib menjawab soalan pemberita berhubung serangan hendap yang mengakibatkan seorang anggota Polis mati ditembak manakala seorang lagi rakannya diculik di Pulau Mabul, Sabah, ketika sidang media selepas Taklimat Pembangunan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang dekat Kuantan, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan berlepas ke Netherlands pada Rabu untuk berbincang tentang insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine.
Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh pada 17 Julai.
Pejabat Perdana Menteri berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, Najib akan menemui rakan sejawatannya Mark Rutte di The Hague, untuk membincangkan sama ada ahli pathologi Malaysia dapat membantu bagi mempercepatkan proses pengecaman mayat mangsa.
"Kedua-dua perdana menteri juga akan membincangkan tentang memperoleh akses penuh ke tapak nahas supaya pasukan antarabangsa dapat menjalankan penyiasatan yang komprehensif bagi menentukan punca nahas, dan siapa yang bertangggungjawab'" kata kenyataan itu.
Pada 21 Julai, Malaysia memperoleh persetujuan bagi penyerahan mayat mangsa dan kotak hitam serta bagi para penyiasat antarabangsa mendapat akses ke tapak nahas di Grabove di timur Ukraine.
Keputusan ini dicapai ekoran persetujuan yang dicapai oleh Najib dengan ketua kumpulan pemisah di tapak nahas, Alexander Borodai.
Najib menegaskan bahawa persetujuan yang dicapai oleh Malaysia dengan pihak-pihak yang menguasai tapak nahas mempunyai tiga elemen utama iaitu penyerahan kotak hitam kepada Malaysia, menyerahkan mayat mangsa dan akses penuh ke tapak nahas diberikan kepada para penyiasat antarabangsa.
Dua syarat pertama telah dipenuhi dan keutamaan sekarang ialah memastikan penyiasat antarabangsa mendapat akses penuh ke tapak nahas.
"Ini memerlukan kerjasama mereka yang menguasai tapak nahas dan angkaten tentera Ukraine," kata beliau.
Menurut kenyataan yang sama, sejak perjanjian dicapai, sekumpulan tiga penyiasat Malaysia telah meninjau tapak nahas sebanyak tiga kali masing-masing pada 22 Julai, 23 Julai dan 24 Julai.
"Setiap lawatan mengambil masa kira-kira tiga jam. Para penyioasat sempat memerhati beberapa tapak nahas dan membuat catatan dan mengambil gambar.
Bagaimanapun, oleh kerana bangkai pesawat bertaburan di kawasan yang luas, mereka tidak dapat melawat ke seluruh tapak nahas," kata kenyataan itu.
Pasukan penyiasat Malaysia percaya ia memerlukan sekurang-kurangnya 30 penyiasat untuk meliputi keseluruhan kawasan bersama tiga penyiasat Belanda dan seorang wakil dari Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
"Malangnya, perkembangan di daratan termasuk pertempuran yang meletus sekarang antara tentera Ukraine dan puak pemisah menghalang penghantaran kontinjen terbesar penyiasat," kata kenyataan itu.
Penyiasat Malaysia sedang mengumpulkan laporan awal mengenai penemuan mereka dan apabila laporan itu siap, mereka bercadang untuk kembali ke tapak nahas, mungkin dengan pasukan penyiasat yang lebih besar dan dalam keadaan yang lebih terjamin.
Semasa lawatan Najib ke Netherlands, perdana menteri juga akan melawat pusat forensik yang menempatkan mayat-mayat mangsa nahas selepas dipindahkan ke sana dan menandatangani buku takziah.
Pesawat Boeing 777-200 itu terhempas di bahagian timur Ukraine yang bergolak pada 17 Julai semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - berada dalam pesawat.
Pasukan penyiasat khas Malaysia yang terdiri daripada 131 anggota daripada pelbagai agensi kerajaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kiev di Ukraine Sabtu lepas. - Bernama

For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my
No comments:
Post a Comment