SERDANG – Sindiket curi kenderaan yang baru empat bulan beroperasi ditumpaskan berikutan penahanan isteri kepada seorang ahlinya di Ampang, baru-baru ini.
Wanita berusia 22 tahun itu ditahan ketika memandu sebuah kereta curi jenis Kia Forte, Khamis lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kereta yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu dilaporkan hilang dalam kejadian pecah rumah di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, 17 Julai lalu.
Beliau berkata, polis kemudiannya menyerbu beberapa buah rumah dan menahan empat lelaki termasuk suami suspek berusia 27 tahun.
Katanya, dalam serbuan itu, polis merampas sembilan lagi kereta antaranya jenis Mitsubishi, BMW, Proton Waja dan Wira, bernilai hampir RM600,000.
Tun Hisan berkata, semua kereta itu dilaporkan curi di Kuala Lumpur dan Selangor, empat bulan lalu serta menggunakan nombor pendaftaran palsu.
“Suami wanita itu memiliki 16 rekod jenayah lampau termasuk dikehendaki polis dalam beberapa kes.
Tun Hisan berkata, dua daripada suspek bekerja dan mempunyai kepakaran dalam membaik pulih kenderaan.
“Kita percaya ada kereta curi yang sudah dijual dan ada juga yang digunakan oleh ahli sindiket,” katanya.
Beliau berkata, suspek berusia antara 22 dan 41 tahun itu ditahan reman sehingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor.
26 September 2012
For Your Vehicle Protection, Personal safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my
No comments:
Post a Comment