Sejak mula diperkenalkan di pasaran negara pada
1994, Toyota Camry telah mencatat pelbagai kejayaan dan membina reputasi teguh
atas kualiti, ketahanan, kebolehpercayaan, dan reka bentuk.
Sehingga hari ini, lebih daripada 96,000 unit
Toyota Camry telahpun terjual dan menjadi model paling laris dalam segmen
Kenderaan Penumpang Bersaiz Pertengahan di Malaysia sejak 2006 dengan
penguasaan pasaran 47 peratus.
Merancakkan lagi segmen sedan mewah, UMW Toyota
Motor Sdn Bhd memperkenalkan Toyota Camry serba baru menerusi tiga pilihan
varian- 2.5V, 2.0G dan 2.0E. Varian tertinggi 2.5V menawarkan enjin baru 2.5
liter dengan padanan transmisi automatik enam kelajuan, manakala 2.0G dan 2.0E
dilengkapi enjin 2.0 liter bersama gear automatik sequential shift.
Sesi pandu uji kali ini, Pemotoran menerima unit
Camry 2.5 liter. Dari segi rekaan luaran, Toyota mengambil inisiatif menawarkan
rupa luaran daripada tema Rational Tech Dynamism dengan imej yang lebih sporty.
Jika sebelum ini ada mengatakan rekaan Camry lebih kepada citarasa mereka yang
lebih berusia, mungkin anda perlu fikirkan semula.
Camry sentiasa cuba untuk mengetengahkan sebuah
kereta yang sempurna baik sehinggalah kepada generasi ketujuh ini. Tetapi
mencadangkan ia kepada yang lain seolah anda mengesyorkan seseorang untuk
memiliki sebuah jentera yang tidak menambat hati.
Camry memenuhi keperluan asas, tetapi terdapat
banyak pilihan yang lebih menarik di luar sana. Itulah sebabnya kali ini saya
berterima kasih kepada Toyota yang akhirnya memberi Camry 2012 sedikit
personaliti dan saya boleh mengesyorkan Camry tanpa perlu mendengar kritikan
kurang membina dari rakan lain.
Rekaan hadapan Camry mungkin kelihatan sama
dengan generasi sebelumnya tetapi sebenarnya Toyota telah mereka semula
bahagian hadapan untuk memberikanpenampilan yang lebih agung!. Seakan kulit
hadapannya telah ditarik ketat ke tulang, seolah-olah ia menjalani pembedahan
plastik secara mendalam.
Lampu hadapan yang tirus segaris dengan bahagian
gril meningkatkan imejnya ditambah dengan reka bentuk gril hadapan yang memberi
tanggapan pergerakan sisi untuk rasa yang lebih lebar.
Bersama dengan bonet tinggi ia memberikan
penampilan teguh. Kabin dipertingkatkan tetap lapang Malah, pakej kabin yang
ditawarkan tetap lapang dan selesa. Ia dicapai dengan menyemak semula
penyampaian dalaman untuk mengambil kesempatan penuh kabin yang diperbesarkan
dan mereka bentuk semula beberapa komponen.
Bukan itu sahaja, ruang lutut bahagian belakang
turut dipertingkatkan untuk memberi ruang merehatkan kaki dengan selesa.
Seorang rakan dengan ketinggian 175 sentimenter turut memuji kerana beliau
boleh duduk dengan selesa dan merehatkan kaki dengan tawaran ruang yang luas.
Tidak lupa, wanita sering menyimpan koleksi
kasut di dalam kereta, aha jangan bimbang anda sebenarnya mampu menyusun tiga
pasang kasut dan mungkin empat dengan ruang yang luas di kiri dan kanan lantai
(bergantung pada saiz kaki anda).
Papan pemuka Camry 2012 pula tampil baru tiga
dimensi dengan tekstur berbeza dan benang jahitan yang dapat dilihat
menyerlahkan rupa eksklusif. Walaupun material telah dipertingkatkan, ada
material seperti kemasankayu yang dibuat daripada plastik sungguh tidak
meyakinkan dan kelihatan begitu murah tidak setanding dengan imejnya sebagai
kereta eksekutif.
Secara peribadi, bahagian kabin masih kelihatan
seperti citarasa Pak Cik. Butang audio dan Bluetooth serta fungsi MID (multi
info display) semuanya di hujung jari apabila diletakkan pada permukaan
stereng.
Tetapi skrin sentuh 6.1 inci diletakkan pada
kedudukan yang sukar dibaca oleh pemandu dan anda memerlukan pembantu menyentuh
skrin audio dan navigasi di bahagian tengah papan pemuka.
Jimat minyak lebih pantas Unit pandu uji 2.5
liter didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris DOHC dengan Dual VVT-i
yang menghamburkan kuasa 181PS dan kilas 231Nm bersama transmisi enam kelajuan
automatik dan tidak lupa varian ini juga didatangkan dengan butang start\stop.
Tidak berkesempatan untuk memandunya jauh dari
bandar raya, saya merasakan Camry memberikan pecutan yang baik dengan enjin
empat silinder, penukaran gear yang lancar dan pengendalian enak serta begitu
tenang mencelah kesibukkan bandar Kuala Lumpur.
Ia ditakdirkan untuk pemanduan selesa sama ada
berulang alik setiap hari atau perjalanan yang panjang dan bukannya sebuah
jentera prestasi dan saya ok dengan itu. Jika anda sedang mencari kereta meriah
dan menarik anda perlu memandu uji Mazda 6 dan Suzuki Kizashi kerana lebih ke
arah prestasi.
Tidak bagi Camry, ia dibina untuk keselesaan.
Bagaimanapun, suspensi Camry agak keras seakan sebuah kereta sporty bukannya
kereta eksekutif. Duduk di bahagian belakang terasa sedikit bumpy. Kali ini
juga Toyota beralih kepada bantuan stereng kuasa elektrik bukan sahaja
memudahkan kawalan dan begitu responsif.
Pendek kata tidak perlu bekerja keras mengemudi
kereta apatah lagi ketika memakir. Selain itu, Camry juga melakukan
penambahbaikan terhadap penyerapan bunyi untuk ruang kabin senyap. Entah
mengapa ia tidak terjadi pada saya. Ketika memecut laju, saya masih mendengar bunyi
angin dari dalam.
Pada pendapat saya pesaing terkuat Camry datang
dari Korea dalam bentuk Hyundai Elantra dan Kia Optima yang serupa di bawah
kulit tetapi agak berbeza dalam watak. Agak kagum dengan Camry baru - Ya, ia
sedikit bosan, tetapi apa yang kurang gembira dalam gaya dan nilai. Kini, Camry
sentiasa menjadikan sebuah kereta yang berkualiti.
No comments:
Post a Comment