BENTONG – Seramai 69 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 10.4 Jalan Bentong-Raub kira-kira jam 4.40 pagi semalam.
Dalam kejadian itu bas dua tingkat dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebuah hilux dari arah bertentangan.
Pemandu bas berusia 45 tahun patah kaki kanan manakala pemandu Hilux berusia 26 tahun pula berada dalam keadaan kritikal kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dua pemandu tersepit
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata, pihaknya menerima panggilan telefon kira-kira jam 4.46 pagi memaklumkan kejadian itu.
Katanya, lapan anggota dan dua jentera bergegas ke tempat kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.
“Setibanya di tempat kejadian terdapat dua mangsa sedang tersepit di dalam kenderaan masing-masing. iaitu pemandu Hilux dan pemandu bas.
“Pemandu Hilux tersepit di bahagian badan dan kaki mengambil masa 20 minit untuk dikeluarkan dari kenderaan,” katanya.
Zainal Abidin berkata, pemandu bas pula tersepit di bahagian kaki hingga ke paras peha menyebabkan beberapa bahagian hadapan bas termasuk stereng terpaksa dipotong bagi mengeluarkannya.
Katanya, pihaknya mengambil masa selama 25 minit untuk mengeluarkan pemandu bas memandangkan keadaan bas terperosok ke tepi bukit.
“Kebanyakan penumpang bas keluar dari bas itu menggunakan pintu kecemasan di bahagian tengah untuk menyelamatkan diri.
“Berdasarkan maklumat diterima bas dua tingkat itu dinaiki seramai 69 orang dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur,” katanya.
Zainal Abidin berkata, operasi menyelamat selesai kira-kira jam 6.20 pagi.
Bas 'makan jalan'
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika kejadian berlaku, bas dua tingkat itu dalam perjalanan dari arah Raub ke Bentong.
Katanya, semasa tiba di tempat kejadian bas yang dipandu pemandu berusia 45 tahun beralamat di Pasir Puteh, Kelantan dipercayai ‘makan jalan’ laluan bertentangan dan kemudiannya hilang kawalan seterusnya melanggar Hilux.