Enjoy The Ride With ALTAIR

Friday 18 April 2014

Kemalangan Bas Semakin Menjadi-jadi

Gambar Kemalangan BAS Di LPT Semalam....


Keadaan bas ekspres dan sebahagian mangsa yang terbabit dalam kemalangan di KM111 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur. Menurut penumpang, bas dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur itu berpusing sekurang-kurangnya tiga kali. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan 

For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Friday 11 April 2014

3 MAUT, 15 PARAH BAS EKSPRESS TRANSNASIONAL 2 TINGKAT TERBALIK DI BUKIT LEBU, BENTONG, PAHANG


Tiga maut manakala kira-kira 15 lagi parah dalam nahas bas ekspres terbalik di Jalan Lebu, di sini selepas kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang lampu jalan, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 malam tadi, bas ekspres dua tingkat yang dalam perjalanan ke Kelantan itu membawa seramai 68 penumpang.


For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Wednesday 9 April 2014

MH370 - Pakar Sahkan Isyarat Kotak Hitam

  • Pakar sahkan isyarat detikan daripada kotak hitamKetua Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Australia, Angus Houston ketika sidang media terkini berhubung misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang masuk hari ke-33 di Dumas House di Perth, hari ini. - Foto Bernama

    •  1 / 1 
      PERTH - AUSTRALIA. Para pakar di Australia dan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa isyarat detikan yang dikesan kapal-kapal mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang di selatan Lautan Hindi merupakan peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan, demikian menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).

      Ketua Penyelarasnya, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata para pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat, mengesahkan bahawa isyarat 33.31 khz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.
            
      Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang daripada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.
            
      "Dua isyarat yang dikesan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield ialah pada 4.27 petang dan 10.17 malam semalam," katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan usaha menjejaki pesawat MAS Penerbangan MH370 di sini hari ini.
             
      Beliau berkata isyarat pertama berlangsung selama 5 minit dan 32 saat dan yang kedua, 7 minit.

      Pada Isnin, kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan dua bunyi akustik detikan dalam pencariannya selepas mengesan isyarat itu kali pertama pada Ahad, manakala kapal China Haixun 01 pula mengesan dua isyarat pada Jumaat dan Sabtu.