Enjoy The Ride With ALTAIR

Wednesday 2 July 2014

Kenderaan Luar Bakal Dicaj

  • Liow Tiong Lai
  • Liow Tiong Lai
SEPANG - Kerajaan akan meneliti cadangan mengenakan caj tertentu bagi kenderaan negara lain yang memasuki negara ini melalui beberapa pintu masuk utama, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
  
Beliau berkata, kajian itu bukan sahaja tertumpu kepada pintu masuk di Johor malah semua pintu masuk termasuk di sempadan Thailand, Brunei dan Kalimantan serta cara pelaksanaan yang sesuai.
  
"Memang kita akan timbangkan dan melihat bagaimana cara pelaksanaannya, sebab Malaysia bukan ada satu pintu masuk sahaja, di selatan Thailand, Brunei, Indonesia Kalimantan... kita ada banyak pintu masuk.
  
"Lagipun Singapura kenakan caj kenderaan untuk kurangkan kesesakan. Jadi kajian itu perlu meliputi pertimbangan yang menyeluruh," katanya dalam sidang media selepas menghadiri pelancaran destinasi terbaharu AirAsia X ke Xian, China di sini hari ini.
  
Akhbar tempatan melaporkan bahawa kerajaan Johor telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan Persekutuan lima bulan lalu untuk mengenakan caj RM20 terhadap setiap kenderaan Singpura yang memasuki negara ini.
  
Laporan itu juga mengatakan bahawa kerajaan Singapura akan menaikkkan bayaran Permit Kenderaan Barangan (GVP) daripada S$10 (RM25.72) kepada S$40 (RM102.88) sebulan berkuat kuasa, mulai 1 Ogos depan.
  
Begitu juga kadar bayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan berdaftar di luar negara yang mahu memasuki Singpura akan dinaikkan daripada S$20 (RM51.44) kepada S$35 (RM90) sehari berkuat kuasa mulai tarikh sama.
  
Sementara itu menyentuh laporan tahap keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Liow berkata beliau akan meneliti laporan tersebut sebelum ia diumumkan kelak.
  
Sebelum ini, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), sebuah agensi khusus United Nations yang menyediakan piawaian, peraturan dan prosedur bagi penerbangan antarabangsa dan IKHRAM (perunding bebas yang dilantik oleh kerajaan untuk menilai tahap keselamatan di KLIA2, mengesahkan KLIA2 memenuhi standard keselamatannya. - BERNAMA

For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my or www.altairgps.com

No comments:

Post a Comment