Enjoy The Ride With ALTAIR

Friday 14 February 2014

Insuran Kenderaan Dinaikkan

  • Kenderaan bertambah naikkan tarif insuransJadual kadar tarif premium insurans.
 1 / 1 
SHAH ALAM – Peningkatan pemilikan kenderaan dan kemalangan adalah punca kepada kenaikan kadar tarif premium insurans.

Ketua Pegawai Eksekutif, Syarikat Perunding Insurans Takaful, Nor Simah Mamat berkata, disebabkan itu Bank Negara Malaysia (BNM) terpaksa menaikkan tarif premium insurans kepada 15 peratus.

Kenaikan tarif premium insurans berkuat semalam.

“Caj 15 peratus yang dikenakan itu cukup memadai memandangkan kos membaiki kenderaan dan alat ganti yang semakin meningkat.

“Begitu juga dengan kos rawatan dan perbelanjaan di hospital yang dilaporkan semakin tinggi serta kenaikan tarif akan memberi kesan positif dan negatif kepada  pengguna di seluruh negara," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenaikan tarif premium insurans yang diumumkan oleh BNM pada awal bulan ini.

Nor Simah berkata, Institut Automotif Malaysia (IAM) turut meramalkan jumlah jualan keseluruhan industri (TVI) kenderaan baharu tahun ini mencapai 670,000 unit dan secara tidak langsung kenaikan ini memberi manfaat kepada setiap operator insurans dan Takaful AM melalui kenaikan premium ini.

“Penyelarasan kali pertama dilakukan pada 2011 membabitkan kelulusan penyelarasan oleh BNM ke atas kadar premium insurans itu sebagai sebahagian daripada Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu.

“Ini merupakan penyelarasan kali ketiga sejak tahun 2012, selepas BNM membenarkan peningkatan premium pada setiap tahun antara 2012 dan 2015.

"Ia juga membabitkan Pelarasan Tarif Asas bagi perlindungan komprehensif dan perlindungan pihak ketiga untuk kenderaan persendirian dan motosikal,” katanya.

For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

No comments:

Post a Comment