Enjoy The Ride With ALTAIR

Friday 26 April 2013

Petugas Sukarela Parti Maut


Mangsa terperosok bawah lori
WARTAWAN SINAR HARIAN
27 April 2013
Mangsa terperosok bawah lori
Keadaan mangsa yang maut di tempat kejadian.
LUNAS - Hasrat seorang pemuda berusia 21 tahun yang melakukan kerja sukarela menggantung bendera parti politik disokongnya bagi Pilihan Raya Umum  ke-13 (PRU13), berakhir dengan tragedi apabila mangsa terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 10.45 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Lunas menuju ke Batu 6 dan ketika kemalangan berlaku.

Menurutnya, kali ini merupakan PRU pertama bagi mangsa untuk menunaikan kewajipannya sebagai pengundi.

“Mangsa dipercayai ke Lunas untuk menghantar seorang rakan setelah selesai bermesyuarat tentang penugasan menggantung bendera parti politik disertai mereka. Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa gagal mengelak lori muatan 10 tan yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh belakang sebelah kanan lori terlibat.

"Akibat rempuhan kuat, mangsa terperosok di bawah lori sebelum terhumban ke tepi jalan. Mangsa cedera parah di kepala maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat,” katanya.

Menurut Ghuzlan, lori terlibat ditahan sebelum dihantar ke Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) untuk menjalani pemeriksaan lanjut, selain kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengakibatkan kemalangan
maut.

Katanya jika sabit kesalahan, pemandu lori berkenaan boleh dikenakan hukuman denda dan penjara.

Katanya lagi, dari siasatan awal dijalankan, polis mendapati lori itu tidak diletakkan sebarang papan tanda kecemasan atau amaran selain menyalakan lampu kecemasan di belakang lori untuk memastikan pengguna jalan raya lebih berhati-hati dan memperlahankan kenderaan mereka kerana kawasan itu gelap.

“Sepanjang bulan April, sembilan kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dilaporkan berlaku di Kulim. Saya menasihatkan kepada semua pemandu kenderaan berat supaya lebih bertanggungjawab ketika meletakkan kenderaan mereka.

"Sekiranya berlaku kerosakan, pemandu seharusnya meletakkan papan tanda amaran atau memasang lampu kecemasan untuk memastikan kenderaan lain dapat melihatnya. Kecuaian pemandu berbuat demikian boleh mengakibatkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Sementara itu, pemandu lori terlibat ketika ditemui berkata, dia membawa muatan kain dari Kemunting ke Kulim, sebelum kira-kira jam 7 petang, lori yang dipandunya rosak dan diletakkan di tepi jalan berhampiran rumahnya.

Kira-kira jam 10.30 malam dia menerima panggilan telefon daripada adiknya menyatakan mangsa telah merempuh bahagian belakang lori.


For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Monday 22 April 2013

5 Maut, Kemalangan Trajis DI Selangor

Kemalangan trajis di lebuh raya yang meragut 5 nyawa 
berlaku pada 20 April 2013.


For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Monday 1 April 2013

BMW Malaysia Sambut Baik Lanjutan Skim Galakan Hibrid


2 April 2013

KUALA LUMPUR - BMW Group Malaysia menyambut baik usaha Persatuan Automotif Malaysia (MAA) untuk menggalakkan kerajaan melanjutkan sambungan tarif galakan (FIT) bagi kereta hibrid daripada dua tahun kepada lima tahun.


Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia Dr Gerhard Pils berkata pada 2012 sahaja insentif FIT dan kereta hibrid telah meningkatkan pembelian dan penggunaan kereta hibrid sebanyak 84 peratus berbanding setahun lepas.
Pils berkata: "Lanjutan itu akan membantu mengukuhkan lagi pertumbuhan di dalam segmen kereta hibrid dan akhirnya menurunkan pengeluaran karbon di negara ini.
"Sebagai pengeluar kereta utama di dalam segmen kenderaan premium, BMW Group Malaysia kini fokus pada kelestarian yang dimasukkan melalui prinsip, strategi dan teknologi BMW EfficientDynamics, yang tersedia pada keseluruhan portfolio produknya di Malaysia.
"Ia merupakan satu langkah positif ke arah menyediakan para pengguna dengan teknologi sangat cekap dan lestari dan melalui perkongsian dengan orang ramai secara keseluruhannya mengenai pentingnya peranan yang relevan tentang kelestarian dan teknologi berbanding keprihatinan seperti pemanasan global dan perubahan iklim," katanya.
Pils berkata sejak pengenalan strategi BMW EfficientDynamics pada 2009, para pelanggan Malaysia terbukti sangat menyokong inisiatif itu dan hari ini lebih 20 peratus kenderaan BMW yang diserahkan mengandungi teknologi hijau paling maju yang sangat cekap, seperti kenderaan BMW Advanced Diesel dan BMW ActiveHybrid.
"Kami ingin menekankan semula bahawa insentif teknologi hijau tidak boleh berat sebelah tetapi menjadi inklusif alternatif teknologi lestari dan hijau yang maju, yang termasuk teknologi diesel, teknologi hibrid dan teknologi elektrik," katanya.
BMW Group Malaysia sangat teruja dengan usaha kerajaan memberi fokus pada teknologi lestari dan hijau sebagai pemboleh pertumbuhan sosioekonomi bagi negara ini, kata Pils. - Bernama

For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my