Enjoy The Ride With ALTAIR

Sunday 31 March 2013


Volkswagen XL1 : Kereta Hybrid Diesel Yang Efisyen

Volkswagen dikatakan akan membina kereta hybrid Volkswagen XL1 yang sangat menjimatkan minyak dengan pelepasan karbon dioksida hanya sebanyak 21g/km dan penggunaan minyak sebanyak 100mpg+. Usaha ini amat dialu-alukan dengan harga petrol yang begitu tinggi dan dengan adanya teknologi yang mampu mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Volkswagen XL1 : Kereta Hybrid Diesel Sangat Efisyen

Volkswagen XL1
Diumumkan di Geneva Motor Show 2013, kereta ini mempunyai 2 tempat duduk, badannya diperbuat daripada gentian karbon berteknologi tinggi dan mempunyai ketinggian 1.15m dan berat 795kg.
Ia dikuasakan engin diesel 800cc dengan 27bhp. Dipasangkan pula dengan motor elektrik dan bateri 5.5kWh serta badan yang ringan dan aerodinamik, ia memberikan kereta ini satu tahap kecekapan yang tinggi.
Volkswagen XL1
Ciri-ciri lain termasuk brek seramik, kotak gear klac berkembar dengan 7 kelajuan dan struktur pelanggaran aluminium yang ringan. Dashboardnya juga diperbuat daripada gentian berasaskan kayu yang ringan.
Volkswagen XL1
Tiada berita tentang harganya tetapi dengan segala teknologi tinggi yang digunakan, dijangkakan harganya mungkin di luar kemampuan ramai.
Volkswagen XL1


For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Monday 25 March 2013

Water Tap Racing?



For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Friday 15 March 2013

Kemalangan Felda : Kereta Bertembung Remuk


Tiga kenderaan remuk teruk
WARTAWAN SINAR HARIAN
16 Mac 2013
Tiga kenderaan remuk teruk
Kedua-dua kenderaan ini remuk selepas bertembung di Jalan Dato' Shahbandar Felda Keratong 3, petang semalam.
ROMPIN – Tiga tercedera selepas tiga kenderaan berasingan yang dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Dato’ Shahbandar Felda Keratong 3, Bandar Tun Razak, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Proton Wira dari arah Bahau Negeri Sembilan menuju Keratong 2 masuk ke laluan bertentangan sebelum bergeser dengan Toyota Hilux dari arah hadapannya.

Menurutnya, Toyota Hilux yang dalam perjalanan ke Keratong 3 tidak sempat mengelak menyebabkan Proton Wira terbabit masuk ke laluan bertentangan lalu bergeser dan merempuh bahagian belakang sebelah kanan kenderaan tersebut.

“Akibat rempuhan kuat itu, Proton Wira yang masih bergerak terus melanggar bahagian depan sebuah kereta Proton Saga yang ketika itu berada di belakang Hilux terbabit,” katanya.

Johari berkata, Proton Wira yang bergeser dengan kedua-dua kenderaan itu remuk di bahagian depan.

Menurutnya, mangsa yang menaiki Proton Wira dipercayai pasangan suami isteri itu mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak untuk rawatan susulan.

“Kami difahamkan suaminya mengalami luka di bahagian dagu, tangan dan kaki, sementara isterinya mengadu sakit di bahagian dada.

“Pemandu Toyota Hilux pula tidak tercedera, sementara seorang pemandu Proton Saga mengalami luka ringan di bahagian tangan dan kaki,” katanya.

Beliau berkata, pemandu seharusnya mengambil langkah keselamatan ketika berada di jalan raya bagi mengelakkan risiko kemalangan.

“Kita tidak mahu atas kesilapan dan kecuaian diri sendiri menyebabkan pengguna jalan lain pula yang terpaksa menanggung derita, sedangkan mereka sudah memandu dengan berhati-hati,” katanya.


For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Thursday 14 March 2013

Most Expensive Car? RM 13,950,000

So... is this the most expensive sport car on the road today? What other things can you do with RM 14 million if you opt not to buy this car? 


For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Tuesday 12 March 2013

This Is Why Volvo Is Always Ahead On Safety

Watch latest innovation from Volvo: Pedestrian Air-Bag


For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

Friday 8 March 2013

Accident Amateur Video

See How Accident Looks Like From Inside of a Car. 
Real amateur video


For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my