Enjoy The Ride With ALTAIR

Thursday 28 February 2013

Ketua geng samun kereta mewah mati ditembak

IPOH 18 Feb. - Seorang ketua kumpulan samun kereta mewah di sekitar Manjung mati ditembak selepas dikejar polis berhampiran Kampung Baru menghala ke Sungai Wangi, Ayer Tawar dekat sini awal pagi semalam.

Lelaki berusia 25 tahun dan berasal dari Taman Sungai Wangi dekat sini itu turut dikehendaki polis kerana terlibat dalam satu kes bunuh di Sitiawan tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, sepasukan polis yang sedang membuat tugasan pencegahan jenayah di daerah Manjung terserempak dengan suspek menaiki kereta Naza Citra berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 4 pagi.

Menurut beliau, anggota polis terlibat kemudian mengejar kereta tersebut dan cuba menahannya namun suspek enggan berhenti dan terus memecut kenderaannya.

"Sebaik sahaja tiba di satu selekoh menghala ke Sungai Wangi, kenderaan dipandunya terbabas dan suspek kemudian turun dari kereta sambil melepaskan satu das tembakan mengenai cermin bahagian pemandu kereta polis itu.

"Bagi mempertahankan diri, polis terpaksa melepaskan dua das tembakan balas ke arah suspek. Tembakan itu mengenai suspek dan dia mati di tempat kejadian," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini.

Paramasivam berkata, siasatan awal polis mendapati kereta dipandu suspek dilaporkan hilang di Tun H.S Lee, Kuala Lumpur pada 7 Mei lalu.

Katanya, polis mendapati suspek merupakan penjenayah dikehendaki berhubung sembilan kes samun di sekitar Lumut dan Sitiawan dan turut terlibat dalam kes menembak mati seorang mekanik di Taman Sejati, Sitiawan pada 10 November lalu.

"Polis memeriksa kereta dinaikinya dan menemukan sebilah parang dan satu peket kecil dadah jenis syabu," katanya.

Menurut Paramasivam, suspek turut memiliki senjata api dipercayai pistol jenis Revolver .38 Smith & Wesson dan tiga butir peluru yang dijumpai dalam beg silang dipakainya.

"Siasatan awal mendapati nombor pendaftaran yang digunakan pada kereta tersebut iaitu WKH 9262 adalah palsu dan didaftarkan pada sebuah kereta Proton Waja," katanya yang turut memberitahu suspek memiliki empat rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan samun.

Paramasivam berkata, beberapa anggota kumpulan itu telah ditahan tahun lalu dan pihaknya kini giat memburu saki-baki kumpulan tersebut

Sumber artikel dari Utusan.


For Your GPS Tracking, Fleet Management System, Vehicle Protection, Personal Safety & Comfort Call Us at 03 - 7886 0220 or email us at sales@altair.com.my or visit www.altair.com.my

No comments:

Post a Comment