Enjoy The Ride With ALTAIR

Saturday 11 August 2012

Kena SLOW Sikit Raya Tahun Ni...


Nampaknya tahun ni kena pandu balik beraya slow sikit, kerajaan telah menurunkan had laju di jalan persekutuan sebanyak 10km/jam. Walau bagaimana pun, kelajuan dikurangkan atau tidak, berhati-hatilah dijalan raya dan selamat bercuti kepada semua pembaca.
 
Had Laju Di Jalan Persekutuan, Jalan Negeri Dikurangkan 10KM Sejam
KUALA LUMPUR: Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara akan dikurangkan sebanyak 10km sejam (km/j) dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya ketika perjalanan 'balik kampung' untuk menyambut Aidilfitri.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, pengurangan kadar had laju itu akan dikuatkuasakan selama dua minggu bermula 12 Ogos sehingga 26 Ogos.
Katanya, sehubungan itu had laju bagi jalan persekutuan diturunkan kepada 80km/j daripada 90km/j dan jalan negeri ialah 70km/j daripada 80km/j.
"Langkah ini diambil bagi memberi kesedaran pada orang ramai mengenai keselamatan jalan raya yang mana kelajuan tinggi merupakan faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan angka kemalangan saban tahun.
"Justeru kerajaan berharap bahawa tindakan dan intervensi ini akan membawa impak positif dalam usaha mengurangkan kemalangan, kadar kecederaan parah sertakematian akibat kemalangan jalan raya," katanya kepada pemberita selepasmelancarkan Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempenaAidilfitri di Terminal Bersepadu Selatan di sini, Khamis.

No comments:

Post a Comment